Friday, 22 July 2011

EXPLORASI GUNUNG SENYUM

Entry kali ini membawakan anda semua kepada percutian ala-ala flora dan fauna yang mana kami akan membawa anda bercuti ke suatu tempat yang jauh dari kebisingan hutan batu. 


Gunung Senyum yang terletak lebih kurang 167 km dari pusat bandar Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan kira-kira 2 jam 30 minit dengan menggunakan kederaan kereta.Melalui lebuh raya Pantai Timur dan lebuh raya karak. Sepanjang perjalanan kami ke lokasi percutian , pelbagai keindahan alam ciptaan Ilahi dapat dinikmati. Contohnya seperti kawasan gunung ganang yang berkabus , kehijauan hutan simpan negara dan pelbagai lagi keindahan yang berada di sepanjang perjalanan untuk menuju ke lokasi percutian.










Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.




1 comment:

  1. Masukkan banyak lagi storey n tempat2 menarik dia negara kita, kalau ada cerita2 dari negara jiran pun lagi cantik. xplore sepenuhnya keindahan ciptaan ilahi.

    ReplyDelete