Tuesday, 2 August 2011

::JOM2:: TAMAN NEGARA


Hai , 

Entry kali ini ingin membawakan anda semua ke sebuah percutian yang penuh dengan cabaran iaitu di Hutan Simpan Negara Taman Negara. Bercuti bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Tambahan pula peluang bersama-sama bersantai, berlibur mahupun beriadah sambil melakukan hobi yang sama sangatlah menyeronokkan.

Hobi seperti memancing, berkhemah, mandi manda, melihat burung, melawat penempatan orang asli dan banyak lagi. Tetapi, harus diingat, untuk kaki memancing pula, hanya ada lokasi-lokasi tertentu sahaja yang dibenarkan untuk memancing di Taman Negara.




Ini adalah salah satu aktiviti mencabar yang pasti menanti anda di Taman Negara , iaitu memancing "Ikan Patin Liar."Kepada mat-mat joran semestinya peluang ini tidak akan dilepaskan. 



PANORAMA YANG MENYEJUKKAN MATA

Pandangan yang memukau minda dengan pemandangan pohon hijau dan ladang kelapa sawit, jelas meredupkan mata yang memandang. Kedudukannya di Banjaran Titiwangsa, yang meliputi sebahagian Daerah Lipis dan Jerantut di Pahang, dilihat menjanjikan pelbagai kajian penyelidikan ke atas habitat dan spesis hidupan liar.

Bagi mereka yang ingin merehatkan minda, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya ialah berkanopi, berkelah di tepian sungai sambil bermandi manda di air sungai yang sejuk dan jernih.

Suasananya sungguh menyegarkan minda kalau hendak dibandingkan dengan hiruk-pikuk kota. Memang sangat jauh berbeza. Cuba masakan tempatan ‘gulai asam ron’ yang diperbuat dari biji getah yang ditumbuk dan dijemur. Sedapnya tidak terkata tatkala dijamu hidangan ikan patin masak tempoyak, iaitu masakan tradisional Pahang, terhidang. Hidangan terkenal di Taman Negara Pahang itu ternyata itu berjaya membangkitkan selera walaupun kepenatan.



1 comment:

  1. Thanks greatly for your sharing! Your article is really detailed and interesting.
    If you wish to experience Sapa, Vietnam, you can refer to local markets in sapa from GoAsiaDayTrip to have more experience <3

    ReplyDelete